Success Story Jom Detox Shaklee
5 testimoni Detox Jutawan
#detoxshaklee
Assalamualaikum semua..
Hari ni kak cun nak cerite tentang 5 testimoni detox jutawan ataupun success story jom detox shaklee..
Mereka ini telah berjaya turunkan berat dengan program jom detox jutawan..
Siape mereka ni ?
1.Elly matin
Beliau berumur 29 tahun mempunyai 2 orang anak merupakan salah seorang Certified Coach dalam program Jom Detox.
2016 beluau pernah Join Detox under Shaklee. Tapi masa tu tiada support group macam sekarang dan tiada coach yang akan guide. Berat paling tinggi boleh kurang masa tu cuma 3 kg. Tidak macam sekarang. Record terbaru 10kg dalam masa 13 hari.
Alhamdullilah. Nov 2018, Founder Jom Detox Jutawan telah jemput untuk beliau buat detox sama-sama.
Ini adalah gambar sebelum beliau Detox nov 2018 dengan berat 84.5kg
Mungkin kalau sampai sekarang beliau ada alasan tidak mau join detox sebab tidak mampu makan sayur, tidak mampu makan macam orang detox, tidak tahan tidak makan manis, tiada duit beli pakej, tiada masa detox!
Beliau tetap dan 100% akan lebih gemuk dari gambar ini.
Syukurlah beliau mampu melawan semua alasan di atas! Sebab beliau tau, kesihatan kita 80% tergugat dengan kegemukan.
Gemuk atau kurus 1 pilihan. Tiada alasan, beliau gemuk sebab bahagia. Sebab perit tau tanggung kesakitan waktu gemuk!
Especially yang mau pregnant! Beliau pernah rasa berat 104kg. Seksanya tu hanya beliau saja yang tau. Tapi masa tu still cakap “gemuk sebab bahagia”. Walhal beliau terseksa.
- Baju susah cari
- kasut dan selipar susah cari
- duduk di kedai makan takut sebab takut kerusi patah
- naik kereta kecil takut sebab takut kereta tu sampai di jalan raya
- badan bebau
- lipatan badan jadi hitam
Kegemukkan adalah 1 mimpi ngeri bagi beliau😢. Beliau tidak mahu merasa kegemukan itu untuk kali kedua walaupun beliau mengandung.
Ini adalah Elly Matin . Beliau lost 16.5 kg dengan 3 kali detox. Inch lost sampai tak terkira.
2. Norfarah Aini.
Beliau berumur 30 tahun.
Beliau sudah berkahwin dan mempunyai seorang cahaya mata lelaki.
Beliau merupakan salah seorang Certified Coach dalam program Jom Detox.
Beliau bermula dengan set menyusu Shaklee masa anak beliau berumur 3 bulan.
Alhamdulillah terus jatuh hati dengan Shaklee dan beliau dapat menyusu anak saya sampai umur 2 tahun 7 bulan.
Macam mana beliau boleh join #jomdetox?
Lepas beliau berpindah ke Semenanjung berat beliau makin naik mendadak sehingga mencapai 63kg.
Kehidupan seorang guru bila mana pagi-pagi dah pergi kantin dan makan nasi dengan pelbagai jenis lauk pauk. Air manis setiap hari.
Then nak diet tak jadi. On off diet tapi berat tak turun. Baju kurung semua dah tak muat.
Satu hari terbaca Fb Master Laila nak buat detox terus nak join tanpa fikir banyak kali. Dan ia sangat berbaloi. Beliau turun 5kg sekali detox iaitu pada bulan 12 tahun 2018.
Ni gambar terbaru beliau😊
3. Nurul Ashikin
Berumur 29 tahun. Beliau suri rumah sepenuh masa.
Dahulunya beliau bekerja. Beliau resign kerana dah jatuh cinta dengan bisnes shaklee.
Beliau dah berkahwin dan belum ada anak lagi.
Beliau merupakan salah seorang Certified Coach dalam Program Jom Detox.
Dulu beliau sangat sibuk dengan kerja. Adakalanya makan entah ke mana, rehat entah ke mana dan pernah sekali tu, stress kerana terlampau banyak kerja, pergi dok menangis bawah meja, kunci pintu bilik office dan tutup lampu.
Beliau bekerja sebagai Human Resources Foreign Worker di Jakel Cawangan Shah Alam.
Banyak berurusan dengan Imigresen je kerjanya. Handle beratus visa pekerja warga asing hanya saya seorang je tanpa pembantu.
Azab sungguh. Minta pembantu tak dapat. Menyebabkan beliau adakalanya terpaksa balik lewat. Adakalanya pukul 1 pagi pun beliau ada lagi kat office.
8 bulan berlalu, beliau mula perasan yang diri saya dah tak terurus. Eye bag makin teruk, wajah tak bermaya, kulit makin kusam dan kalau tak makeup nampak macam orang sakit.
Paling tragis, sampai staff tegur. "Kenapa nampak Ekin mcm orang sakit sgt ni?". Soalan ni, memang buat beliau rasa bertambah tertekan.
Beliau tak pernah makan apa² supplement sebelum ni. Bagi beliau, rasa tak memerlukan supplement pun dalam life beliau. Sungguh kedekut duit nak beli supplement. Kalau benda lain ye boleh.
Time makan paling tak terjaga. Siang tak makan sangat, tengah malamlah baru terasa nak makan.
Berat badan makin naik. Mendadak pulak. Berdiri lama rasa cepat penat padahal bukan tahap obesiti. Tapak kaki dan tumit ni memang sakit kalau berdiri lama.
Kena pulak badan ni naik time sebulan lagi nak khawin. Fuhhh redha jelah time tu.
Lepas khawin, beliau rasa dah mula nak turunkan berat badan. Tapi nafsu makan tu sungguh tak boleh control.
Pengakuan berani mati ni heheheh. Beliau memang penggemar nasi. Kalau nasi tu tak membukit satu pinggan, memang tak sah. Kena pulak lauk sedap, ermmm memang bantai 3 pinggan oi.
Bulan 2, 2019 saat ni berat dah capai 66kg. Bukan setakat berat je bertambah, dia bagi spare tayar 3 kau. Tak cukup dengan tu, selulit nampak ketara giler tang peha, celah peha dengan belakang peha. Stress bertambah lagilah gamaknya.
Ni part beliau paling tak boleh terima. Peha makin jadi peha ayam turki. Peha asyik bergaduh je hari² menyebabkan seluar cepat rosak. Bila suami perasan tang ni, aduhailah.. nak malu ke, nak nangis ke, nak gelak ke, nak emo ke or cmne?
Beliau ni jenis cepat sentap. Dah kena tegur tang tu, rasa dah nekad ni nak cari jalan penyelesaian. Tapi masih tak tahu lagi nak buat cmne time tu.
Bulan 3 2019, beliau tercari cari seorang Master yang terdekat dengan beliau kat Terengganu. Akhirnya beliau dapat tahu Master ira yang paling dekat dengan beliau..
Nak berjumpa bukan pasal Detox time tu, tapi pasal bisnes Shaklee. Drivelah beliau sorang² selama 2 jam lebih semata mata nak jumpa Master Ira. Punya tak sabar nak jumpa orang hebat heheh.
Time coaching, Master Ira banyak story pasal Detox. Masa tu beliau baru tahu pasal Detox. Rasa macam seronok je Detox ni. Dengan tak fikir banyak, beliau terus nak join Jom Detox.
Puan Nurul Ashikin start Detox time Jom Detox 6.0 dan 7.0 beliau lost 5.5kg dan loss inch 30". Giler oi banyak tu. Bukan senang² nak turun. Paling giler result beliau tang loss inch.
Tak ada lagi program lain yang boleh loss inch sebanyak ni dalam masa sebulan je. Hanya dengan Program Jom Detox sahaja yang boleh.
Ini gambar sebelum dan selepas puan Ashikin Detox yee..
4. Norazila Mohd Yusoff
Beliau adalah salah seorang Certified Detox Coach. Berusia 40 tahun, mempunyai 4 orang anak dan kini menetap di Johor Bahru.
Cholesterol tinggi mmg inherited dr parents. Jadi walaupun beliau jaga pemakanan “eat clean” sebelum ni, saya tak berjaya turunkan bacaan cholesterol saya.
Ditambah pulak masa tu saya kerap kena vertigo dan migraine.
Beliau mula detect cholesterol tinggi pada tahun 2014 masa buat check up di hospital. Dr Tay (Cardiologist) naik angin sebab bacaan Cholesterol LDL beliau 14. Beliau pelik sebab umur muda lagi tapi Cholesterol tinggi.
Bila check history,
YES arwah ayah meninggal sebab jantung, ada low blood pressure history.
Genetically beliau ikut arwah ayah. Jadi, Dr Tay terus minta makan ubat cholesterol for 3 months.
After 3 months, another check up, LDL turun kepada 9+.
Beliau stop makan ubat. 😌
Tahun 2015, saya bersalin anak ke-4. After another round of check up, cholesterol beliau naik semula kepada 11.
Beliau argue dengan Dr taknak bergantung pada ubat.
Dr cabar beliau kawal pemakanan, exercise regularly, avoid seafood.
Fuh! Sangat susah nak ikut.
Beliau spent thousands utk beli buah, sayuran.
Supplement ? Sorry ye takmau makan. Tak suka Makan supplement!
Exercise! Langsung tak buat. Alasan = tak ada masa.
😔
Dalam seminggu beliau makan ponstan 2-3x sebab migraine.
Selalu sangat penat dan letih. Once ada symptom ni, beliau akan kena Vertigo. End up makan Betaserc atas arahan Dr.
Alhamdulillah selepas beliau join JOMDETOX pada January 2019, beliau dah tak migraine & vertigo.
Beliau stop makan ponstant. Beliau stop makan Betaserc.
Gambar terbaru selepas JOMDETOX 11.0. Tarikh 19/7/2019
5.Nur Faizah Sulong
Beliau lebih mesra dengan panggilan K Nor. Berumur inshaallah tak lama lagi mengjangkau 41 tahun di dunia ni. Alhamdulillah.
Berasal dari Ktrg tapi menetap di Kmn, Trg. Ibu kepada 3 orang anak (16thn, 12thn, 3thn). Berjawatan surirumahtangga sepenuh masa dan sekarang naik pangkat lah skit sebagai Coach Jomdetox. 😂
Sedikit cerita sebelum join #jomdetox.
Berat badan naik selepas habis pantang puteri ke 3 beliau. Alasan ibu menyusu (100% bf sampai sekarang masih lagi menyusukan) selalu lapar dan kena makan banyak tu antara faktor menyumbang kpd kegemukan.
Selain tu juga takde langsung exercise alasan krn bersalin czer. Takut nak lasak2 (sbb ni 1st experience beranak czer). Jadinya secara tak langsung kerjanya adalah menternak “lemak”.
Sampailah satu tahap dah takleh nak hadap teguran orang sekeliling. “gemuknya” “gemuknya sekarang” “kenapa gemuk sgt skrg”
Nak bagi alasan bahagia. Tu cuma cliches punya alasan untuk soalan yang tiada jawapan kan.
Bernanah lah telinga. Suami tak berani nak tegur gemuk dah sebab awal-awal dah kena sembur di bini.
“kurus susah, gemuk pun susah. Serba tak kena!”
Mahu tak diam suami kat sebelah kan. 😂
Kita pun bukan nak marah sangat tapi tahu tak perasaan orang gemuk ni. Risau, sensitif semua ada. 😭
So beliau diamkan ajelah kot. Secara halusnya suami sampai tahap ajak berpuasa dari isnin - khamis. Berbuka tak mkn nasi. Makan nasi sekali sehari hanya pada Jumaat Sabtu & Ahad. Simbolik nak bantu isterinya kembali kurus.
Time ni berat turun naik. Macam jarum penimbang tu tak betul. 😂
Bila orang tanya dah turun berapa kg... “krik krik” nak bagitau pun malu. Sebab takde bagi kesan sangat. Takut kena ejek lagi dek kawan-kawan. Even nak bagitau orang kita tengah diet pun malu. Sebab takde effect pun.
Last-last give up! Melantak je lah. Dah alang-alang nak gemuk. (dendam dengan perasaan sendiri)😂
Teruk kan!
Bila join #jomdetox. Semangat nak gebang tu selalu ada. Skit-skit nak gebang kat wall. Bukan gebang menda tak betul. Menda betul kot. Hari-hari kg turun.
Apalagi kita tepukkkkk lah kan.
Beliau pun tertarik untuk join #jomdetox5.0 sebab kerana gebang geng2 detox lah.
Tiap-tiap hari cerita pasal penurunan kg diorang. Yang kita duk diet berbulan-bulan nak turun 1 kg pun payah. 😏
Dashattt tau aura geng #jomdetox ni.
Tahun lepas 2 kali kenduri kawin anak saudara kat kampung. Semua tetamu datang yang dah lama tak jumpa terkejut tengok beliau. Maklumlah dulu cutting aida jebat. 🤪
Tangisan dalam ketawa je lah hadap teguran tetamu. Sakit hati pun ada. 😬
Bila badan dah terlalu berat, segala benda rasa tak kena. Semua baju,seluar sendat terutama bahagian perut, peha dan lengan. Selekeh gila time tu sebab malas nak bersiap sebab serba tak kena.
Moody, cepat marah, rendah diri, cepat penat, mengah, nak solat pun tak selesa dan macam-macam lagi.
Sampai satu tahap beliausakit tumit/tapak kaki. Berusaha pergi mengurut sana sini tapi tak boleh nak cerita sakit kat mana dan macam mana.
Beliau mula fikir ni mesti berkait dengan berat badan berlebihan.
Alhamdulillah selepas #jomdetox 5.0 rasa sakit tu dah makin hilang tapi masih ada. Lepas #jomdetox 6.0 sakit kaki tu dah lesap gitu je. Alhamdulillah lepas #jomdetox7.0 badan ternyata dah ringan, berat badan berjaya diturunkan dari 69kg - 58.8kg.
Orang yang paling bahagia selain diri sendiri mestilah suami dan anak-anak.
“slime kat perut ibu dah takde” jerit anak-anak bila tengok ibu kurus. maklumlah alasan bersalin czer perut macam ngandung 7bln.😬
Korang yang pernah ada rasa “suamiku tak suka isterinya kurus” “suamiku suka bini dia gemuk mcm skrg” baik korang berhati2. 😂.
Mungkin dia takut nak ckp korang gemuk, takut korang ngamuk.
Anak sulung beliau dah pecahkan rahsia kerisauan ayhnya tentang beliau.
“ayah sbnrnya dah lose hope tgk ibu gemuk. tiap kali dia tgk org gemuk dia imaginekan ibu kalau jadi gemuk mcm tu. Seram ayah cakap”
Hakikat sebenarnya. Rasa nak menjerit dengar anakanda cerita macam tu. Dalam hati syukur sangat-sangat sebab dah slim & sihat dengan jomdetox. 🥰
Syukur join #jomdetox walaupun batch 5 baru join.
Masa jomdetox 1.0 dilancarkan, tak rasa nak join. Konon nak buat2 sendiri. Bukan takde yang berjaya kalau buat sendiri tapi chances gugur syahid di tengah jalan tu sangat besar. Berbanding dengan join #jomdetox ni.
Buat sorang-sorang kalau tak kuat memang mudah-mudah je tersungkur sebelum hari seterusnya. Sebab terlalu banyak “syaitan bertanduk” di sekeliling kita termasuk yg ada dalam bdn sdiri tu.
Tambah plak takde sokongan dari org terdekat. Kena ejek skit kita dah goyah. 😂
Bila berjemaah ni semangat lain macam. Bila masing-masing update progress kita lagi semangat. Dan yang paling best bila tiap2 pagi naik penimbang mesti angka berkurang. Unik sungguh #jomdetox ni. Pelik tapi benar!!!
Lagi satu. Paling BEST!
Takde sorang pun sekarang yang jumpa beliau tegur “ ehh kurusnya, kencing manis ker?”
Ramai yang kurus tapi pucat dan menggelebir dan macam tak bertenaga.
Dengan program kita ni, kita kurus tapi tak kecut dan menggelebir malah lebih bertenaga.
Pernah kan kita jumpa orang gemuk dah kurus tapi kurus tak cantik, tak sihat nampak lebih tua..
Nak tau kenapa tak?
Nanti korang tahu sebab apa peserta #jomdetox kurus/slim tak kecut atau menggelebir malah lebih sihat & cantik.
So korang kena baca ni sampai habis tau. Sebab jawapannya ada di hujung kelas ni nanti.
Its reality!!!
Rekod telah membuktikan 0 kegagalan pada yg follow 100% apa yg coach suruh buat. Dan saya salah seorang peserta yang telah membuktikan kejayaan program jom detox ni.
Gembira, bangga, syukur, semua ada. Dan memang dah jadi tanggungjawab lah ni untuk ajak ramai lagi join #jomdetox sebab nak ramai lagi yg kita boleh bantu dari segi kesihatan dan juga berat badan.
Ayuhhh!! kita sama-sama bantu diri kita dan orang yang kita sayang 🥰
Ni gambar beliau sebelum dan selepas detox
Alhamdulillah selesai sudah kak cun share testimoni jom detox jutawan.. atau pun kisah kejayaan bagi mereka yang telah berjaya kurus, sihat dan cantik...
Jom detox jutawan..
Write a comment